Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebelum kita mulakan pengembaraan yang jauh, kita mestilah membuat persiapan yang rapi supaya segala masalah semasa pengembaraan kita dapat dielakkan. Topik ini kita akan membincangkan tentang perisian asas yang perlu tahu pada setiap pelajar, terutama Pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Jadi, perisian apakah yang ada perlu ‘install’’', dan belajar?
*Perhatian: Perisian/Software yang saya cadangkan dan ingin kongsikan ini adalah hasil dari pengalaman saya sendiri dalam bidang elektrik dan elektronik. Perisian-perisian inilah yang banyak membantu saya dalam projek degree dan master sepanjang pengajian saya di uni.
1. Proteus ISIS Schematic Capture
Apakah itu Proteus? Jika dari Wikipedia:
Proteus is a software for microprocessor simulation, schematic capture, and printed circuit board (PCB) design. It is developed by Labcenter Electronics.
Dalam erti kata yang mudah, perisian proteus ini berfungsi untuk men’design’ dan membuat simulasi litar elektronik.
Situasi: Qama ingin buat projek “LED Blinking” (LED berkelik-kelip). Qama sudahpun ‘design ciruit’ atas kertas A4. Bagaimana Qama nak tahu circuit Qama design tu dapat jalan ker x? Amatlah berisiko jika terus design hardware kerana tidak tahu circuit tu jadi ker x.
Perisisan ini amat digemari oleh pelajar akhir tahun yang projeknya berkaitan dengan Microcontroller.
Anda Boleh Mendapatkan Software Proteus ISIS itu DISINI
Tutorialnya ada DISINI
2. MPLab
Apa itu MPLab? Jika dari Wikipedia
MPLAB Integrated Development Environment (IDE) is a free, integrated toolset for the development of embedded applications onMicrochip's PIC and dsPIC microcontrollers.
Dalam erti kata yang mudah, perisian MPLab nie digunakan untuk coding. Bahasa yang boleh digunakan adalah Assembly language dan C Language.
Bak kata pepatah jiran sebelah rumah, “Dimana ada PIC, disitu ada coding”.
Anda Boleh Mendapatkan Software MPLab itu DISINI
Tutorialnya ada DISINI
3. Cadsoft Eagle
Tanpa perisian ini, tidak lengkap pengetahuan asas anda untuk ‘design’ produk elektronik.
Jadi, apa itu Cadsoft Eagle? Jika dari Wikipedia
EAGLE (for: Easily Applicable Graphical Layout Editor, German: Einfach anzuwendender grafischer Layout-Editor) by CadSoft Computer is a flexible, expandable and scriptable EDA application with schematic capture editor, PCB layout editor, auto-router and CAM and BOM tools developed by CadSoft Computer GmbH, Germany, since 1988.
Tudia, panjang lebar plak dari wikipedia.… ok la, dalam makna yang mudah, perisian ini digunakan untuk membuat PCB(printed circuit board) atau litak elektronik. Software ini amat digemari oleh saya kerana ianya amat mudah untuk digunakan.
Anda Boleh Mendapatkan Software Eagle:
Pengguna Windows sila klik
DISINI
Tutorialnya ada DISINI
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk membina sesuatu produk, disini saya kongsikan juga formulanya:
Project Design FLow: Step-by-step
IDEA – > CIRCUIT DESIGN –> Coding –> SIMUlATION –> HARDWARE IMPLEMETATION
*PERHATIAN: Banyak lagi software lain seperti Matlab, Solidworks, Protel, Altium Designer, Autocad dan lain-lain. Tapi, untuk blog ini, saya akan bincangkan 3 JENIS PERISIAN INI SAHAJA. Jika anda sudah mahir, tiada masalah lagi untuk anda mencuba perisian yang lain kerana ‘isi’nya adalah sama, cuma luarannya berbeza.